KepenggunaanSemasa

Bekalan ternakan untuk Aidiladha mencukupi

PUTRAJAYA: Bekalan ternakan hidup seperti lembu dan kerbau tempatan bagi penyembelihan sempena Aidiladha pada Khamis ini dijangka mencukupi dan memenuhi keperluan, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

DVS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dianggarkan permintaan lembu dan kerbau adalah sebanyak 38,404 ekor manakala kambing dan bebiri sebanyak 20,420 ekor bagi tujuan korban tahun ini, setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan penyembelihan luar masjid atau surau.

Menurut statistik DVS, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sehingga Mei 2023 adalah sebanyak 34,946 ekor, manakala bekalan lembu dan kerbau diimport sehingga April 2023 adalah sebanyak 4,911 ekor dengan jumlah keseluruhan bekalan sebanyak 39,857 ekor.

Pengarah Ladang Ummah Sdn Bhd, Hidayat Abdullah meninjau lembu-lembu untuk persediaan program ibadahqurban.com tempatan MAPIM Malaysia

“Bagi kambing dan bebiri, bekalan tempatan sehingga Mei 2023 adalah 25,821 ekor manakala bekalan kambing dan bebiri diimport sehingga April 2023 adalah sebanyak 4,167 ekor dan jumlah keseluruhan bekalan bagi tujuan korban adalah 29,988 ekor,” menurut jabatan itu.

“Berdasarkan anggaran bekalan ternakan daripada perangkaan DVS, jumlahnya dijangka mencukupi untuk menampung permintaan sembelihan korban tahun ini,” menurut DVS.

Sebanyak 27 buah rumah sembelih ruminan milik DVS di seluruh Semenanjung Malaysia sentiasa bersedia untuk operasi dan DVS juga telah mengeluarkan lesen kepada 38 buah rumah sembelih swasta di Semenanjung Malaysia yang boleh memberi perkhidmatan penyembelihan bagi tujuan korban.

BACA JUGA
Ibadah korban MAPIM manfaat 6,000 keluarga



Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Dengan izin Allah, ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button