Semasa

Ibadah korban MAPIM manfaat 6,000 keluarga

KANGAR : Alhamdulillah, Aidiladha kembali lagi. Ibadah korban termasuk dalam ibadah yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W :

إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.

(Riwayat Muslim (1977)

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menganjurkan  Program Ibadah Qurban MAPIM yang berlangsung di Pusat Penyembelihan Kampung Jejawi, di sini, dengan kerjasama agensi Kerajaan Turki melalui Turkiye Diyanet Foundation (TDV), Qaym Foundation, dan juga Ade Izhar.

Menurut Pengarah Global Korban MAPIM Malaysia, Kapten Bersekutu (PA) Nik Aziz Nik Muhammad, sebanyak 100 ekor lembu akan dikorbankan dan diagihkan dan kepada golongan asnaf ke seluruh Semenanjung Malaysia.

“In sha Allah, hasil ibadah korban ini akan memanfaat 6000 keluarga dari seluruh Malaysia, kami akan menggalas amanah yang diberi oleh mereka yang melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM dengan telus.

“Penerima adalah terdiri daripada golongan asnaf, mualaf, orang asli, pelajar tahfiz, dan pelarian serta kepada golongan muallaf. Mereka akan menerima daging korban berbentuk daging segar atau sejuk beku,” katanya ditemu bual wartawan UMMAHToday.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa MAPIM akan menghantar bungkusan daging kepada asnaf melalui pengedaran menggunakan lori sejuk beku ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Sukarelawan MAPIM turut bersama berganding bahu dalam melaksanakan tugas penyembelihan bersama masyarakat setempat di situ.

Mengambil kira faktor semasa PPN (Pelan Pemulihan Negara), MAPIM memandang serius pada pematuhan SOP dalam pelaksanaan ibadah korban agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain.

Program Ibadah Quran MAPIM ini akan dijalankan selama dua hari berturut-turut dengan 26 ekor lembu akan disembelih pada esoknya.

Selepas program ibadah korban MAPIM 2021, MAPIM akan terus komited menyantuni ummah melalui misi-misi di Malaysia menyantuni golongan yang terkesan ekoran pandemik Covid-19.

Oleh Hafeez Anuar

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button