BanjirDuniaSemasa

Banjir di Australia bertambah buruk

Kira-kira 18,000 penduduk terpaksa dipindahkan

SYDNEY – 23 Mac : Ribuan penduduk di pinggir barat laut Sydney terpaksa berpindah apabila pihak berkuasa memberi amaran banjir di pantai timur negara masih belum berakhir dan paras air sungai terus meningkat.

Hujan lebat melanda yang melanda Australia sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa sungai di negeri paling ramai penduduk di negeri New South Wales, mencecah paras tertinggi sejak beberapa dekad lalu.

“Seperti yang dinasihatkan semalam, kira-kira 18,000 penduduk sudah berpindah, namun kami terpaksa mengeluarkan amaran kepada 15,000 lagi penduduk yang mungkin perlu berpindah,” – Ketua Menteri New South Wales / Gladys Berejiklian.

Kira-kira 12 bulan lalu, wilayah itu berdepan beberapa bencana apabila dilanda kemarau berpanjangan, sekatan air dan kebakaran hutan.

Perkhidmatan keselamatan sudah bertindak balas terhadap lebih 10,000 panggilan meminta bantuan banjir setakat ini, dan melaksanakan kira-kira 850 aktiviti menyelamat.

Saintis memberi amaran Australia dijangka berdepan insiden cuaca lebih kerap dan ekstrem kesan perubahan iklim.

Biro Meteorologi memaklumkan menerusi Twitter, bahawa situasi dihadapi negeri itu masih belum berakhir, dengan separuh daripada negeri New South Wales diberikan amaran cuaca.

Pembantu Pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan New South Wales, Nicole Hogan memberitahu ABC, bahawa 1,750 sukarelawan lagi tiba bagi membantu usaha dalam tempoh 24 jam yang kritikal.

Amaran banjir dan cuaca buruk turut dikeluarkan ke kawasan yang tidak pernah terkesan sebelum ini, termasuk di pantai selatan Sydney dan kawasan yang sebelum ini terjejas akibat kemarau berpanjangan.

– AFP

Oleh Pelatih Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan Hafeez Nor Hanif bin Anuar.

Related Articles

Back to top button