Semasa

10 varian Afrika Selatan dikesan di Kelantan

Selepas hadiri kenduri kendara di Kuala Lumpur

KOTA BHARU:  Sejumlah 10 kes membabitkan varian Afrika Selatan B1531 dikesan di Kelantan melibatkan Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin, berkata varian Afrika Selatan itu dikesan wujud selepas ada penduduk Kelantan melakukan rentas negeri menghadiri kenduri di Kuala Lumpur.
“Kita dikejutkan dengan varian baharu Afrika yang sangat bahaya. Pertama, kerana ia memiliki kebolehjangkitan tinggi dan kedua, kurang imuniti (setempat) menyebabkan (situasi) lebih teruk kalau kena jangkitan berbanding dengan sedia ada. Ini dah ada di Kelantan,” –

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin
Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecil Keselamatan Negeri Kelantan siang tadi, Dr. Izani berkata, kadar kebolehjangkitan atau Rt tinggi di Kelantan kerana pesakit COVID-19 menjalani kuarantin di rumah.
Beliau berkata, sehingga kini seramai 2,000 penduduk menjalani kuarantin di rumah.
Individu positif COVID-19 tersebut terpaksa menjalani kuarantin di rumah selepas Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) penuh.
Seentara itu, kadar kematian akibat COVID-19 di Kelantan juga tinggi dengan 60 kematian direkodkan setakat ini.

Related Articles

Back to top button