PalestinSemasa

Keluarga Palestin hilang tempat berteduh, rumah diroboh secara paksa

JERUSALEM : Sebuah rumah yang menempatkan keluarga yang terdiri daripada 10 orang telah dimusnahkan di Bandar Beit Hanina,  Jerusalem, semalam.

Quds Network melaporkan, atas perintah kerajaan Israel, Rajabi bersama seorang isteri dan lapan cahaya mata hilang tempat tinggal setelah baru sahaja berpindah ke rumah tersebut.

Salah seorang anak Rajabi berkata, dia dan lapan adik beradiknya bercadang untuk mendirikan khemah di sebelah tapak rumah mereka yang dirobohkan rejim Zionis.

Lebih mendukacitakan, anak perempuan Rajabi memberitahu pihak bertugas Israel menghancurkan rumahnya ketika dia dan adik beradiknya yang lain sedang belajar.

Biarpun, Rajabi merayu kepada pihak bertugas untuk batalkan robohan rumah tersebut, namun, rayuannya  itu langsung tidak diendahkan.

Rajabi dan anak-anaknya melihat rumah yang diroboh

Kini, hari demi hari Israel merobohkan kediaman penduduk Palestin dengan tujuan menyekat perkembangan masyarakat tersebut di  sekitar Jerusalem.

Israel mendakwa tapak perumahan Rajabi itu merupakan kawasan pembangunan ‘haram’.

Namun, pada waktu yang sama, kerajaan  Israel giat membangunkan puluhan ribu unit perumahan di Jerusalem bagi menempatkan masyarakat Yahudi dengan alasan mengimbangi demografi penduduk.

Terdahulu, ratusan keluarga Palestin diancam pemindahan paksa dan perobohan rumah dari kediaman mereka oleh kumpulan peneroka haram, yang disokong sepenuhnya oleh pemerintah Israel.

Terdapat hampir 700,000 penjajah Israel yang menetap di 256 penempatan haram di seberang Tebing Barat termasuk sekitar Baitulmuqaddis.

Oleh Nurshazlin Shahrom

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button