InspirasiSemasa

Demi keluarga, graduan cacat penglihatan berjaya genggam ijazah

KUALA LUMPUR: Graduan cacat penglihatan, Thew Ming Soon dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya berjaya menggenggam segulung ijazah dengan menetapkan matlamat yang jelas untuk berjaya dalam masa sama niat membantu keluarga.

Thew Ming Soon, pemuda OKU berasal dari Johor itu berkata, beliau menghadapi kesukaran ketika pandemik COVID-19 melanda dan terpaksa menukar mod pengajaran serta pembelajaran secara fizikal kepada pengajaran termasuk pembelajaran secara atas talian.

“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan.”

“Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga.” kata Ming Soon penuh yakin.

Ming Soon turut berkongsi pesanan kepada pelajar-pelajar kurang upaya yang sedang melanjutkan pengajaran untuk tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki kerana sememangnya selagi ada usaha, akan ada peluang serta rezeki untuk berjaya.

Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022.

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah selaku Canselor, Universiti Malaya.

BACA JUGA
Lebih 100 pesakit dapat rawatan percuma Mobile Clinic di Masjid Jamek Kampung Baru

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button