PalestinSemasa

Aman Palestin perjelas isu laporan audit tahunan

Masalah pertukaran auditor & PKP

SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad memperjelaskan dakwaan tidak menghantar laporan kewangan bagi 2016 sehingga 2019 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti yang tular di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berkata sejak tahun 2007, pihaknya berjaya menghantar laporan audit tahunan kepada SSM namun laporan kewangan bagi tahun 2016 sehingga 2019 yang masih tertangguh disebabkan pertukaran juruaudit pada tahun itu.

    Tak logik NGO guna 40 peratus sumbangan

“Aman Palestin telah membuat pertukaran auditor dan melantik auditor baharu pada tahun 2016 yang menyebabkan laporan audit bagi tahun ini mengambil masa untuk disiapkan. Bagaimanapun, laporan ini sudah pun disiapkan untuk dihantar ke SSM,” katanya pada sidang media secara maya di Facebook pada Sabtu.(22 Mei)

Pada Khamis, tular di media sosial mengenai laporan audit Aman Palestin yang tidak dihantar kepada SSM sejak tahun 2016.

Dalam pada itu, Awang Suffian berkata, pertambahan cawangan Aman Palestin di seluruh negara juga menyebabkan banyak kerja penyelarasan dan laporan setiap cawangan yang perlu disediakan.

Tambah beliau, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu juga telah menyukarkan proses audit di setiap cawangan. Penangguhan ini juga diberikan oleh SSM untuk Aman Palestin menyiapkan laporan tersebut.

“Setakat ini, proses laporan berjalan dengan baik dan laporan bagi tahun 2020 masih belum sampai tarikh penutupan akaun,” – Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin/Awang Suffian Awang Piut

Dalam perkembangan yang sama, Awang Suffian mengalu-alukan mana-mana pihak yang masih sangsi dengan ketelusan Aman Palestin supaya mengunjungi pejabat pertubuhan itu bagi mendapatkan penjelasan yang lebih janjut.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan  

Related Articles

Back to top button