Semasa

Lunas ikat jamin RM35,000

``Beri saya ruang pulihkan jiwa'' - Da'i Syed

SHAH ALAM : “Beri saya ruang untuk mengubat jiwa, mental dan kesedihan saya”

Demikian kata-kata rasmi pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali ramai sebagai Da’i Syed selepas dibebaskan dengan ikat jamin selepas tiga pertuduhan dikenakan ke atasnya.

18 hari ditahan reman beliau disiasat atas dakwaan mengadakan seks di luar tabii, rogol dan cabul.

Dia memohon semua pihak memberi ruang kepadanya untuk segala tekanan yang dilalui ketika ini

“Saya juga perlukan sedikit ruang untuk mengubat jiwa, mental dan kesedihan saya,” katanya.

Peguam bela selebriti itu, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya yang berjumlah RM35,000  dilunaskan oleh abangnya, Syed Shah Iqram dan pengurus Mohd Aizat Jaafar.

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Februari ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari depan.

Menurut Syed Amirul, bayaran ikat jamin terhadap anak guamnya itu telah dibayar semalam sebelum dibawa dari Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor selepas penjaminnya tidak sempat berbuat demikian susulan pejabat ditutup.

Mengulas mengenai gelaran da’i yang dimenangi menerusi satu program realiti  televisyen swasta, Syed Shah Iqmal berkata, ia adalah sekadar gelaran sahaja dan tidak menjadi masalah sekiranya dilucutkan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button