DuniaSemasa

Israel tahan puluhan pelajar Palestin

Kira-kira 45 pelajar ditahan secara rambang

RAMALLAH : Rejim Israel menahan puluhan pelajar Universiti Bierzeit di Turmus Ayya, kawasan perkampungan di wilayah Tebing Barat atas dakwaan terbabit dalam keganasan di bawah naungan kumpulan Hamas.

Penahanan itu dibuat di pintu masuk perkampungan dengan menahan sekitar 45 pelajar Palestin yang sedang menaiki bas tersebut.

Menurut laporan media tempatan, para pelajar digari serta ditutup mata dan diarah untuk duduk di atas jalan raya sebelum di bawa ke lokasi berbeza tanpa pengetahuan mereka dengan menaiki kenderaan tentera rejim.

Universiti Birzeit, dalam satu kenyataan, menyuarakan keprihatinan terhadap nasib pelajarnya selain turut mengecam penahanan itu sebagai ‘pelanggaran semua undang-undang dan amalan antarabangsa yang menjamin hak pergerakan pelajar.

“Pihak universiti menggesa komuniti antarabangsa untuk segera campur tangan bagi memastikan pembebasan kesemua pelajar,” katanya.

Setakat ini, laporan media memaklumkan 12 wanita telah dilepaskan.

– MIDDLE EAST EYE

Diterjemah oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

 

 

Related Articles

Back to top button