384 pelajar Syria bertanding dalam Finals of Syrian Scientific Olympiad 2022
DAMSYIK : Seramai 384 pelajar dari wilayah berbeza menyertai pusingan pertama kelayakan Olimpik Saintifik Syria 2022 yang bermula pada hari Selasa lalu.
Pertandingan kelayakan tersebut yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Kecemerlangan dan Kreativiti adalah bagi memilih ahli pasukan kebangsaan yang akan menyertai pertandingan Olimpik antarabangsa dalam tempoh yang akan datang dalam bidang matematik , fizik, kimia, biologi dan informatik.
Kelayakan akhir itu merangkumi dua pusingan ujian selama dua hari dan setiap pusingan bagi kategori matematik, fizik, kimia dan biologi berlangsung selama empat jam di Hotel Ebla di Damsyik, manakala informatik selama lima jam di Fakulti Kejuruteraan Informatik, Universiti Damsyik.
Kesemua pelajar gred sepuluh yang pernah menjadi ahli pasukan Olimpik kebangsaan sejak beberapa tahun lalu layak.
Selain itu, pelajar yang memenangi tempat pertama dalam Olimpik Saintifik untuk remaja, Peraduan Pengaturcaraan Sekolah dan Maraton Pengaturcaraan Kanak-kanak dan Remaja 2021 turut akan diuji.
Difahamkan, soalan-soalan itu disediakan oleh jawatankuasa saintifik pusat Olympiad Saintifik Syria.
Pertandingan untuk musim baharu Olimpik Saintifik Syria pada 23 Oktober 2021 telah dilancarkan dengan penyertaan hampir 6000 pelajar dari gred 10. – SANA
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today