Sukan

Jangan sebarkan imej sensitif :TMJ

Pelbagai pihak zahirkan takziah kepada Syafiq

KUALA LUMPUR: Kemalangan yang menimpa penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, pada awal pagi mendapat simpati pelbagai pihak.

Syafiq juga kehilangan bayi lelakinya berusia 22 hari, ibu mentua dan juga pembantu rumah dalam kemalangan awal pagi tadi.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara yang awal menzahirkan ucapan takziah kepada penyerang muda, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,”

– Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” titahnya menerusi hantaran pada laman Facebook baginda.

Sebagai menghormati kemalangan yang menimpa keluarga ahli JDT,  Bendera Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim  diturunkan separuh tiang di Stadium Sultan Ibrahim.

Arahan itu dikeluarkan oleh pemilik kelab yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

pic: FB rasmi Johor Southern Tigers

Sementara itu, Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya.

Bayi lelakinya yang baru dilahirkan pada 14 November lalu, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak Bomba berkata, tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

  • Muhammad Arshad Bin Azmi (Pelatih UiTM)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button