Covid19Sukan

Aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditangguhkan ke 2021

Tarikh baharu akan diumum kelak

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan semua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadual Oktober dan November ini ditangguhkan ke tahun depan susulan penularan wabak COVID-19.

AFC, menerusi kenyataan ringkas di laman rasminya hari ini, berkata keputusan oleh dua badan bola sepak itu diambil bagi melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam perlawanan kelayakan tersebut.

”FIFA dan AFC akan terus bekerjasama untuk memantau situasi tersebut di rantau ini dengan teliti serta mengenal pasti tarikh baharu untuk perlawanan kelayakan masing-masing,” katanya.

AFC menjelaskan tarikh baharu bagi aksi kelayakan itu akan dimaklumkan kelak.

Tindakan menunda aksi kelayakan adalah kali kedua diputuskan oleh FIFA dan AFC sejak pandemik itu Mac lalu.

Keputusan penundaan itu membabitkan aksi Malaysia dalam Kumpulan G yang sebelum ini dijadual berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan, 8 Oktober ini, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini (13 Okt) sebelum melengkapkan jadual menentang Thailand di Bangkok, 17 Nov ini.

Malaysia kini berada di tangga kedua kumpulan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.

Hanya UAE yang berada di tangga keempat dengan enam mata memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.

— BERNAMA

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button