Covid19KesihatanSemasa

COVID-19 : 691 kes baharu, 4 kematian – bayi setahun mangsa termuda

Netizen curah simpati dengar suara KP sebak!

KUALA LUMPUR : Kes positif Covid-19 di Malaysia, hari ini meningkat kepada 691 menunjukkan pertambahan lebih 200 kes dalam sehari.

Angka itu yang tertinggi sejak wabak itu melanda negara dengan merekodkan empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Hisham Abdullah ketika mengumumkan perkembangan terkini mengenai Covid-19 menjelaskan Kedah mencatat pertambahan 397 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan selaras dengan peningkatan mendadak itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga kini meningkat kepada 2,936.

Lebih separuh daripada kes hari ini, iaitu 394 kes, melibatkan Kluster Tembok di Kedah.

Tan Sri Hisham berkata dalam sidang medianya menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,504 dalam tempoh tiga hari, melepasi angka 12,000 dengan 12,088 kes pada Sabtu (3 Okt) lalu.

Sementara itu, Tan Sri Hisham menerima kata-kata simpati dan semangat daripada netizen berdasarkan ruang komen pada siaran langsung di Laman Facebook beliau.

Beliau menyampaikan perkembangan Covid-19 negara sambil memakai pelitup muka hari ini.

Netizen melontarkan pandangan itu berdasarkan suara beliau yang kedengaran sebak ketika membuat kenyataan pada sidang media dari rumahnya petang tadi.

Malah kata-kata semangat juga dititipkan buat para petugas barisan hadapan.

Menurut laman Twitter Kementerian Kesihatan, FB LIVE KKM petang tadi mencatat tontonan tertinggi  mencecah 256,000.
 
KKM juga memaklumkan FB LIVE dari kediaman Tan Sri Dr Noor Hisham @DGHisham akan diteruskan sehingga beliau tamat tempoh kuarantin.-sumber:

@KKMPutrajaya

@FB Majlis Keselamatan Negara

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button