Covid19Semasa

Ais krim dikesan ada virus corona?

Ribuan karton ais krim disita elak penularan wabak

CHINA :  Gempar apabila satu penemuan mengejutkan apabila virus corona virus ditemui pada ais krim di bahagian utara China.

Penemuan itu memaksa ribuan karton produk ais krim terbabit disita selepas dibimbangi telah dicemari virus corona.

The Independent.com berkata, pengeluar asik krim berkenaan, Tianjin Daqiaodao turut mengesahkan sehingga jam 2:00 petang Khamis lalu, 1,662 orang pekerjanya dikuarantin dengan ujian asid nukleik, dan daripada seluruh pekerja yang diuji 700 didapati negatif, manakala bakinya belum diperolehi.

Bagaimanapun pakar kaji virus, atau viroloji berkata orang ramai tidak perlu panik dengan penemuan itu kerana kerbarangkaliannya hanya pada satu kes berasingan penemuan.

Dr Stephen Griffin, seorang viroloji dari Universiti Leeds,  berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada seorang manusia.

Tambah beliau, dengan suhu sejuk tempat ais krim itu disimpan, serta kandungan lemak dalam ais krim, memberi jawapan kepada persoalan bagaimana itu boleh hidup pada sampel ais krim yang diambil.

Pihak berkuasa anti epidemik di Tianjin berkata 2,089 kotak ais krim yang dicemari virus itu telah diambil daripada 4,836 keseluruhan produk ais krim berkenaan.

935 daripada 2,747 kotak ais krim yang dipasarkan masih berada di Tianjin, manakala hanya 65 kotak sahaja terjual.

Pihak berkuasa juga sedang mengesan kotak-kotak yang sudah dijual. di samping langkah untuk mendisinfektasi, kilang terbabit.

Selain penduduk tempatan yang membeli produk itu melaporkan kepada agensi perubatan di dalam komuniti mereka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button