HiburanKerohanian

Sinead O’Connor a.k.a Shuhada Sadaqat rayu bantuan makanan

Hidap akut agoraphobia, takut keluar rumah

IRELAND : Penyanyi pemegang lagu di carta dunia, Sinead O ‘Connor atau nama islamnya Shuhada Sadaqat merayu peminat beliau membantu dia mendapatkan makanan kerana terlalu lapar.

Penyanyi yang memeluk Islam dua tahun lalu itu dilapor menghidap penyakit agoraphobia.

Agoraphobia adalah suatu gangguan psikologi yang menyebabkan seseorang takut untuk berada di tempat atau situasi yang membuat mereka merasa tidak selesa.

Seperti O Connor, penderita agoraphobia biasanya akan mengelakkan diri daripada tempat yang boleh membuatkan mereka merasa panik, malu atau takut.

Dalam keadaan tertentu, penghidap agoraphobia akan mengganggu pemikiran mereka dan disedari oleh pengidap sendiri.

Akibatnya, para penderita agoraphobia biasanya memiliki masalah dalam berhubungan dengan orang lain, dan dalam pekerjaan atau pendidikan mereka

O Connor dalam beberapa siri ciapan twiitternya meluahkan apa yang dialami beliau.

Penyanyi dengan lagu hit dikenali dunia – `Nothing Compares 2 U’ itu, menggambarkan dia terlalu takut untuk keluar rumah membeli makanan, malah tidak berupaya menerima makanan yang dihantar ke rumah.

Apa yang dialami O Connor adalah simptom akut yang menyerang pesakit agoraphobia, iaitu perasaan rendah diri yang mendalam, menyebabkan untuk ke kedai pun dia tidak mampu.
Oleh sebab itu katanya dia bertanyakan sebarang khidmat penghantaran makanan kepada orang sepertinya yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Isu kesihatan mentalnya diketahui sejak beberapa tahun lalu dan beliau sering meluahkannya di media sosial beliau.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis sejak 14 jam yang lalu, memaklumkan bantuan telah diterima melalui khidmat penghantaran makanan.
Dia juga sekarang sudah kenyang dan berasa gembira.

Bulan lalu O Connor berhasrat menceburi bidang paliatif, iaitu penjagaan bagi pesakit baik warga tua dan muda.

Keinginan itu dinyatakan selepas jadual persembahannya dibatalkan setelah wabak Covid-19 menyerang dunia.

“Menceburi penjagaan paliatif, adalah aktiviti yang sudah lama saya impikan, bukan kerana ia terdetik ketika musim Covid-19, dan bukan juga kerana ingin menjadi barisan hadapan”.

Penyanyi dan penulis lagu itu mengalami kisah trauma dan  tragis dalam sejarah hidupnya.
Disifatkan penyanyi bermasalah, nama beliau pernah terpalit dengan perbalahan dengan golongan gereja selain menjadi mangsa buli, dan penganiayaan pada zaman kanak-kanaknya.
UmmahToday mendoakan beliau istiqamah dan ada pihak terus mendampingi saudara baharu ummah kita!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button