EkonomiSemasa

Syarikat Syed Mokhtar Albukhary berminat jadi pemegang saham utama FGV

Perspective Lane (M) Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd akan meneliti cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd mengenai potensi sebagai pemegang saham terbesarnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat perladangan itu mendedahkan ia telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Oktober daripada Perspective Lane yang menyatakan minat menjadi pemegang saham menerusi suntikan aset perladangan ke dalam FGV bagi pertimbangan mendapatkan kepentingan saham.

Apabila selesai, Perspective Lane berpotensi menjadi pemegang saham tunggal terbesar, kata FGV.

“Ahli Lembaga Pengarah ingin memberi jaminan kepada pemegang saham dan pihak berkepentingannya bahawa ia akan menjalankan kewajipannya dalam perbincangan terbabit dan sebarang perkembangan penting membabitkan perkara ini akan diumumkan,” katanya.

Pada September tahun lalu, sebuah media perniagaan mingguan yang memetik sumber melaporkan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang memiliki Perspective Lane menerusi pegangan persendirian dalam Restu Jernih Sdn Bhd, berminat untuk membeli 20 peratus kepentingan dalam FGV.

Sementara itu, sewaktu dagangan ditutup hari ini, saham-saham FGV susut 0.93 peratus kepada RM1.07.

-BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button