Covid19Semasa

Kerajaan setuju laksana PKP seluruh negara bermula 12 Mei

Keputusan dibuat selepas kes naik mendadak

KUALA LUMPUR :  Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan jumlah kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat.

Menurut beliau, susulan pelaksanaan itu aktiviti rentas daerah dan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

“Semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta juga tidak dibenarkan,” – Perdana Menteri / Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tambah beliau, sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Manakala majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button