KerohanianSemasa

Daud Kim bernikah dengan bekas isteri

Doakan dia melalui kehidupan baharu dengan keluarga

KOREA: Youtuber terkenal Korea beragama Islam, Daud Kim bernikah kembali dengan bekas isterinya yang baru melafazkan syahadah beberapa hari lepas.

Bintang Youtube itu terkenal dengan video yang menunjukkan keindahan Islam dan budaya Islam di Korea hingga menarik masyarakat seluruh negara untuk melihat videonya.

Malah ada yang tertarik untuk mendekati dan mempelajari Islam.

Daud Kim pernah memuat naik video bahawa beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak tetapi sudah berpisah kerana tidak bahagia.

Namun sejak beberapa hari lalu, beliau bertemu dengan bekas isterinya untuk merujuk kembali dan memperbetulkan kesilapannya.

Pic: YoutubeDaudKim

Isterinya, Mia telah memeluk Islam beberapa hari lepas dan kini sah bernikah dengan Daud Kim di Masjid Cheonan bertemankan beberapa saksi.

Daud Kim dan isterinya berdoa agar beliau boleh menjadi keluarga yang bahagia seperti orang lain.

-Muhammad Arshad Bin Azmi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button