KerohanianSemasa

PKP bukan halangan MAPIM sampaikan amanah ummah kepada tahfiz

Kelengkapan urusan ibadah & set pengurusan jenazah

BANGI: Tatkala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, kegiatan menyantuni masyarakat dan memberi sumbangan tetap diteruskan.

Atas keprihatinan itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terpanggil untuk memberikan sumbangan barangan keperluan kepada pelajar sekolah Tahfiz Masjid Al-Hasanah yang terletak di kawasan Bangi, Selangor.

Menurut Biro Pendidikan Sekolah Tahfiz Al-Hasanah, Ustaz Kamaruzaman Riffin, sumbangan ini dapat mengurangkan kos yang perlu pihak sekolah tanggung untuk menyediakan barangan keperluan kepada pelajar-pelajar tahfiz berkenaan.

Aktivis MAPIM sedang menurunkan barangan keperluan ke dalam sekolah.
Ustaz Kamaruzaman Riffin sedang menyatakan kepada Ketua Pegawai Tugas-tugas Khas MAPIM, Syahir Syahrumi

“Alhamdulillah, saya bagi pihak Sekolah Tahfiz Al-Hasanah, ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MAPIM atas sumbangan ini, dan kami amat mengalu-alukan untuk meneruskan lagi kerjasama dengan MAPIM pada masa akan datang,” – Biro Pendidikan Sekolah Tahfiz Al-Hasanah / Ustaz Kamaruzaman Riffin

Ketua Pegawai Tugas-tugas Khas MAPIM, Syahir Syahrumi memberitahu MAPIM tidak pernah berhenti untuk menghulurkan bantuan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim kepada semua golongan masyarakat.

“Hari ini, kita telah menyumbangkan tilam, bantal, serta barang keperluan untuk urusan ibadah seperti telekung, sejadah, al-Quran. Selain daripada menghafaz al-Quran, kami turut memberikan peralatan set pengurusan jenazah supaya pelajar-pelajar di sini boleh mendalami ilmu mengenai pengurusan jenazah,” – Ketua Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM / Syahir Shahrumi

Dengan pelaksanaan PKP ini, semua sekolah dalam negara terpaksa ditutup dan segala pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian iaitu secara  Pengajararan dan Pembelajaran  di Rumah bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Ketika ditemui UMMAHToday, Setiausaha Masjid Al-Hasanah, Haji Khalil Bin Abdul Jabar memaklumkan segala urusan pembelajaran dijalankan secara atas talian ketika PKP ini dilaksanakan.

“Semua sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan secara atas talian,  ada juga dalam kalangan pelajar tahfiz di sini mengalami masalah untuk mengakses Internet dan tidak mempunyai kemudahan gajet untuk menyertai kelas atas talian,” – Setiausaha Masjid Al-Hasanah / Haji Khalil Bin Abdul Jabar

Walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, aktiviti penyerahan sumbangan dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.

Untuk rekod, Sekolah Tahfiz Masjid Al-Hasanah ini sudah bermula operasi sejak 2018 dan memiliki  20 pelajar termasuk lelaki dan perempuan. Pentadbiran juga mengambil pelajar-pelajar autism dan memberikan pendidikan khas kepada mereka.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

*****

*MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Back to top button