SemasaTravelog

Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan

Kerajaan ambil alih perkhidmatan feri

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan seperti mana dinyatakan dalam syarat bagi pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri.

“Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua ansuran tahunan yang mana RM15 juta untuk 2021 akan dibayar pada 2021 sebagaimana diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.” – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

“Baki RM15 juta akan disediakan kerajaan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) 2020.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu sejak 126 tahun lalu, akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari depan.

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia.

Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di Pulau Pinang

Feri sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh yang sama.

Kali pertama perkhidmatan feri di Pulau Pinang bermula pada tahun sejak 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Encik Quah Beng Kee dan saudaranya.

Pada tahun 1924 perkhidmatan feri diambil alih sepenuhnya oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) dan telah dinaik taraf serta boleh mengangkut kenderaan bermotor.

Feri Bagan yang digunakan sebelum perang dunia kedua

Perang dunia kedua yang berlaku pada 1941 menyebabkan perkhidmatan feri menjadi lumpuh.

Tentera Jepun telah membawa lari feri Bagan ke sumetera.

Selepas tamat peperangan LPPP telah berjaya membawa pulang semula feri Bagan pada April 1946 dan telah diperbaiki.

Kemudian perkhidmatan feri pada 1956 telah diambil alih oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan telah menambah lima buah feri untuk membawa penumbang dan kenderaan berat.

Tiga tahun selepas itu,   pangkalan feri baharu di Pulau Pinang (Pangkalan Raja Tun Uda) dan di Butterworth (Pangkalan Sultan Abdul Halim) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Setelah lama diletakkan di bawah pengurusan SPPP, akhirnya pada tahun 2017,  perkhidmatan feri telah diambil oleh Prasarana Malaysia ditukar nama kepada Rapid Ferry.

Feri dibawah Prasarana Malaysia 2017

Pada ketika diambil alih difahamkan hanya enam buah feri yang beroperasi.

Semasa perkhidmatan feri ini  bertukar tangan, Prasarana Malaysia, bermatlamat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengintegrasi perkhidmatan feri dengan bas, rel dan transit cepat.

  • MUHAMMAD ZULFIKRE BIN ALI (pelajar fakulti animasi uitm)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button