Covid19Dunia

Emmanuel Macron positif COVID-19

Jalani kuarantin kendiri

PARIS :  Keputusan COVID-19 positif yang disahkan ke atas Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyebabkan beberapa pemimpin negara Kesatuan Eropah terpaksa menjalani kuarantin kendiri.

Antara yang melakukan kuarantin kendiri ialah Perdana Menteri Sepanyol.

Pada hujung minggu lalu, Macron telah menghadiri Sidang Kesatuan Eropah dan beliau juga telah berjumpa dengan Perdana Menteri Portugal pada Rabu lalu.

Semalam, Istana Elysee dalam satu kenyataan telah mengesahkan kesihatan terkini Macron, 42 setelah pemeriksaan dilakukan terhadap beliau yang menunjukkan simptom-simptom awal bagi jangkitan COVID-19.

Macron kini dalam keadaan yang stabil dan beliau sedang menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari namun beliau masih terus menjalankan tugasnya.

Namun, usaha untuk menjejak sebarang kemungkinan jangkitan lain masih belum jelas lagi.

Pada pertengahan Oktober lalu, isterinya, Bridgitte Macron juga menjalani kuarantin kendiri selama seminggu selepas tanpa sengaja berkontak rapat dengan seorang yang positif COVID-19.

Dengan pengesahan positif COVID-19 itu, Macron juga membatalkan semua lawatan akan datangnya termasuk ke Lubnan pada 22 Disember ini bagi mengetuai usaha antarabangsa dalam menyelesaikan kemelut politik di negara itu.

-Nabil Najwan Zainuri (Pelajar Fakulti Animasi UiTM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button