Ekonomi

Kementerian Kewangan, Bank Negara pantau permohonan

Jadikan moratorium bersasar tidak sukar

KUALA LUMPUR :  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Bank Negara Malaysia (BNM) memantau  proses permohonan moratorium bersasar supaya dipermudahkan oleh pihak institusi kewangan.

“Seperti diumumkan, golongan B40 akan menerima moratorium ini secara automatik asalkan mereka membuat permohonan manakala M40 perlu mengemukakan self declaration (pengisytiharan kendiri) untuk dapatkan kelulusan tak perlu (kemukakan) dokumen.”

“Tetapi saya prihatin perkara dibangkitkan, mungkin ada masalah administrative (di bank) dan kita perlu memantau. Jadi, saya dengan Bank Negara akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pihak bank untuk membuat moratorium ini tidak menjadi sukar,” – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat, pada Khamis (17 Dis)

Tengku Zafrul mengakui menerima aduan berkenaan, namun pihaknya memberi jaminan akan memantau isu itu.

“Ada memang ada kes tetapi tidak banyak aduan diterima buat masa ini. Bagi pihak yang ingin membuat aduan, Bank Negara ada menyediakan talian khas untuk mereka salurkan aduan. – BERNAMA

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button