Covid19KesihatanSemasa

MRT Laluan Kajang, selamat digunakan

Staf positif, PRASARANA terap protokol tertinggi sanitasi COVID-19

KUALA LUMPUR : Perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana – LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataannya berkata penumpang tidak harus bimbang kerana langkah susulan segera telah diambil dalam pencegahan Covid-19 mengikut SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Ini susulan pengesahan seorang staf operasi yang disahkan positif COVID-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Staf berkenaan, mengikut kenyataan itu bertugas sebagai pengendali tren atau ‘transit officer’ bertugas buat kali terakhir pada 21 Oktober 2020.

“Perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana – LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.”- Prasarana Malaysia Berhad

Kerja-kerja disinfektasi MRT Laluan Kajang dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan telah dilaksanakan oleh Rapid Rail, operator untuk MRT Laluan Kajang pada malam tadi.

Wartawan UmmahToday, Aqilah binti Othman mendapat pengesahan ini daripada Prasarana Malaysia Berhad.

Menurut kenyataan itu lagi, semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan staf berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM.

“Semua agensi-agensi berwajib yang berkenaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan tentang langkah-langkah yang telah diambil.”

“Tren-tren pula sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan,”  – Prasarana Malaysia Berhad

“Pihak pengurusan dan staf Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.

Pic: Prasarana Malaysia Berhad

Sementara itu para pengguna diingatkan supaya mengikuti dengan rapi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.

“Langkah-langkah ini adalah penting untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di samping memudahkan KKM membuat pengesanan semula sekiranya ada kes positif COVID-19.

“Pihak kami adalah komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga staf,” tambah kenyataan itu.

Proses sanitasi rel dan bas kendalian Rapid KL yang telah dijalankan setiap hari sejak bermula PKP. – Prasarana Malaysia Berhad

_________________________________________________________________________________________

Pastikan kita menjaga SOP! Selain mematuhi SOP sebagai masyarakat Islam kita disaran mengamalkan doa Baginda SAW ketika wabak!

2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button