Semasa

“Kami lari, takut tengok bumbung terbang, pokok tercabut akar!”

Ribut, hujan lebat

SEREMBAN : Sebanyak 45 rumah di Mambau, Seremban rosak akibat ribut dan hujan lebat petang tadi.

Dua buah perkampungan dikenal pasti teruk terjejas iaitu Kampung Batu 3 dan juga Kampung Kayu Ara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, setakat malam ini, sebanyak 20 buah rumah di Kampung Kayu Ara mengalami kerosakan susulan ribut dan juga sebuah surau serta sebuah kedai.

Di Kampung Batu 3 pula sebanyak 25 buah rumah terjejas dalam kejadian ribut berkenaan.

Difahamkan kejadian yang berlaku dalam tempoh 20 minit berkenaan menyebabkan banyak pokok tumbang di kawasan berkenaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Fazlisyah Muslim berkata, kejadian pada 4.30 petang itu menyebabkan kebanyakan rumah rosak pada bahagian bumbung.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan APM turut membantu mengalihkan beberapa pokok tumbang di kawasan berkenaan,”

Menurutnya, penilaian kerosakan sedang dilakukan pihak berwajib dan kerja-kerja pembaikan dijangka dilaksanakan esok.

Katanya, tiada pusat pemindahan dibuka kerana semua penduduk terjejas memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing.

Sementara itu, seorang penduduk terjejas, Sabariah Abdul Aziz, 64, berkata, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga sedang menikmati minum petang di luar rumah.

“Tiba-tiba lihat atap zink diterbangkan dan hujan turun dengan lebat serta angin kuat seperti puting beliung, kami sekeluarga lari ke dalam rumah,”

Katanya, sebatang pokok menghempap bahagian dapur rumahnya dalam kejadian yang berlaku sekitar 10 minit itu.

**2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
WWW.BANTUUMMAH.COM
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button