Syariah

Ajaran Si Hulk diharamkan

Sesat dan menyeleweng

JOHOR BAHRU: Keputusan mengharamkan ajaran Si Hulk oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dibuat hasil daripada persidangan yang diadakan pada 28 Septemberi tahun lalu.

Ajaran Si Hulk diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad atau dikenali sebagai Suhai ibni Mohammad. Ia didapati menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Islam.

Menurut Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad, “Jabatan Mufti kini sedang dalam tindakan mewartakan fatwa berkenaan supaya boleh dikuatkuasakan.”

“Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan bahawa fahaman dan ajaran Suhaini Bin Mohammad sebagaimana yang dinyatakan adalah diharamkan dan dilarang.”

Siasatan jawatankuasa adalah berdasarkan video YouTube bertarikh 4 April tahun lepas. Mufti Johor meminta orang Islam menjauhi dan menghindari kumpulan ajaran sesat ini. Apatah lagi menjadi pengikut, ahli kumpulan, menyertai majlis atau apa sahaja acara yang berkaitan dengan ajaran sesat tersebut.

“Justeru, fahaman dan ajaran yang dibawa Suhaini Bin Mohammad ini hendaklah disekat dengan apa cara sekali pun daripada disebarkan di Johor dan mana-mana orang Islam yang terbabit dengan ajaran ini hendaklah bertaubat,” tambahnya lagi.

Daripada tinjauan di media sosial Facebook, akaun Suhaini bin Mohamad sudah dinyahaktif. Sebelum ini dia menjadikan Facebook antara tempat untuk menyebarkan ajaran Si Hulk an menimbulkan keresahan awam.

 

BACA JUGA
JAKIM diarah bekerjasama dengan PDRM, SKMM banteras ajaran SiHulk

Related Articles

Back to top button