DuniaSemasaSyariah

Sebat 100 kali ditangguhkan kerana baru beranak

Terima hukuman lepas 120 hari

ACEH : Seorang wanita terlepas hukuman rotan sebat 100 kali kerana berzina kerana baru saja melahirkan seorang anak.

Bagaimanapun hukuman ke atasnya berjalan selepas tiga bulan atau 120 hari selepas selesai proses berpantang.

Hukuman sebat di khalayak ramai terhadap wanita itu yang dijalankan di Aceh, Indonesia ditangguhkan selepas mendapat surat pelepasan daripada doktor di salah sebuah hospital di Aceh.

Menurut Portal Kompas, wanita yang berasal dari Lhokseumawe itu baru melahirkan bayi pada 1 April lalu.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Lhokseumawe, Muhammad Doni Siddik berkata mereka meminta surat pelepasan daripada doktor bertugas untuk melakukan sebatan.

“Doktor mengesahkan hukuman sebat boleh dijalankan selepas tempoh tiga bulan atau 120 hari selepas melahirkan bayi.” – Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Lhokseumawe, Muhammad Doni Siddik

“Wanita ini dinyatakan sah dan meyakinkan melakukan perbuatan zina,” katanya.

Menurutnya, tiga individu didakwa melakukan zina dan dihukum sebat oleh Pejabat Pendakwa Raya Lhokseumawe di Stadium Tunas Bangsa dan Kampung Mon Geudong, Bandar Lhokseumawe, kelmarin.

Mereka disebat kerana melakukan perbuatan zina berdasarkan pertuduhan yang dibacakan Mahkamah Syariah Lhokseumawe.

“Mereka dijatuhi hukuman 100 kali sebatan oleh Mahkamah Syariah Lhokseumawe kerana diyakini secara sah melakukan perbuatan zina,”  – Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Lhokseumawe, Muhammad Doni Siddik

 

Dia berkata, bagaimanapun sepatutnya wanita itu dikenakan hukuman sebat bersama tiga pesalah lain, namun hukuman terhadapnya ditangguhkan kerana dia baru melahirkan bayi.

Related Articles

Back to top button