Semasa

“Kalau saya tak kuat ibu ayah lagi tak kuat, jadi saya kena kuat untuk mereka”

IPOH : Bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini turut memberi kesan kepada pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri juga terasa sakitnya.

MAPIM Malaysia dengan dibantu MAPIM Rangers segera menyantuni dan membantu kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.

Wartawan Ummah Today sempat menemuramah seorang mangsa yang bertarung nyawa menyelamatkan ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan serius ketika bah deras memasuki rumahnya.

Nurfatihah Mohd Shah, 31, memberitahu bencana banjir kali ini amat teruk apabila air mencecah paras pinggang dan dia menjangka ia boleh ke paras dada dan leher.

“Ini adalah sejarah hitam dalam hidup saya selama 26 tahun menetap di sini. Kami memang dah lali dengan pengalaman banjir tapi kali ini sekelip mata banjir ni jadi sampai saya tak dapat selamatkan apa-apa barang,” katanya.

“Kalau saya tak kuat ibu ayah lagi tak kuat, jadi saya kena kuat untuk mereka,” tambahnya.

Difahamkan ibu Fatihah baru sahaja menjalani pembedahan akibat menghidap penyakit diabetes tahap kritikal, manakala ayahnya sakit strok sejak setahun lepas.

Banjir yang berlaku membuatkan dia semakin tabah demi ibu ayahnya.

“Masa banjir saya memang fikir ibu ayah dulu, barang makanan keperluan harian memang saya tinggalkan. Bila keesokannya saya nak masak untuk mak ayah, saya lihat beras di dapur basah begitu dan tak boleh dimasak. Saya berasa sangat sedih lagi-lagi simpati kepada mak ayah kerana mereka  kelaparan dan kesejukan,” luahnya.

Namun, Fatihah berasa bersyukur apabila MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers sudi menjadi telinga mendengar luahan hatinya disamping memberi bantuan berbentuk barang keperluan juga makanan harian kepada dia dan sekeluarga.

Menurut Mejar Azari, gerakan misi di Ipoh kali ini, bertujuan  menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan mengagihkan kotak bantuan bagi mengurangkan bebanan dan tekanan mereka.

“Banjir yang berlaku sebelum ini banyak memberi kesan kepada penduduk seperti perabot rosak dan sebagainya, jadi tujuan misi hari ini adalah untuk santun menyampaikan kotak bantuan.

Misi Bantuan pasca banjir MAPIM Malaysia akan diteruskan lagi ke kawasan-kawasan yang terkesan akibat bencana banjir.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

Related Articles

Back to top button