DuniaSemasa

“Penjara lapan tahun, lebih 70 sebatan” – Mahkamah Iran

PARIS: Mahkamah Iran telah mengenakan hukuman penjara lapan tahun dan lebih 70 sebatan kepada pejuang hak asasi manusia terkemuka, Narges Mohammadi, kata suaminya semalam, susulan penahanan mengejut yang dikenakan pada November lalu.

Suaminya, Taghi Rahmani, yang berpangkalan di Perancis dalam ciapannya di Twitter berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas perbicaraan berlangsung hanya lima minit, butiran keputusan dan kes dihadapinya juga masih tidak jelas.

Rakan sekerja pejuang Hadiah Keamanan Nobel, Shirin Ebadi, yang kini tinggal di luar Iran, berkata Mohammadi sudah berulang kali dipenjarakan pihak berkuasa Iran sejak beberapa tahun lalu.

Beliau dibebaskan dari penjara pada Oktober 2020 tetapi ditahan semula November lalu, di Karaj di luar Tehran semasa menghadiri peringatan untuk seorang lelaki yang terbunuh semasa protes di seluruh negara pada November 2019.

Amnesty International ketika itu mengutuk penahanan ‘sembarangan’ Mohammadi dan menyifatkan beliau sebagai ‘sasaran semata-mata bagi aktiviti hak asasi manusia yang aman’.

Sebelum penahanan terbaharunya, Mohammadi yang sudah lama menentang hukuman mati di Iran, bekerjasama dengan keluarga individu dikatakan dibunuh pasukan keselamatan bagi mencari keadilan untuk mereka dalam protes 2019.

Pada Mei 2021, beliau dihukum 80 sebatan dan 30 bulan penjara atas tuduhan ‘propaganda’ terhadap sistem Islam Iran, walaupun ketika keluar dari penjara.

Aktivis mengecam tindakan peningkatan penindasan di Iran sejak beberapa bulan lalu, termasuk pemenjaraan pejuang dan penggunaan hukuman mati yang lebih luas.

Tahanan terkenal seperti penyair terkenal, Baktash Abtin juga meninggal dunia di penjara.

Walaupun beliau kini dipercayai keluar dari penjara kerana cuti sakit, penyokong bimbang risiko dikembalikan ke penjara dengan segera. -AFP

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button