DuniaSemasa

Arab Saudi perkasa kemudahan pengangkutan bagi persediaan terima jemaah haji dan umrah

RIYADH : Kerajaan Arab Saudi isytihar memperkasakan inisiatif dan strategi bagi sistem pengangkutan serta khidmat logistik bagi persediaan menerima lebih 30 juta jemaah haji dan umrah menjelang tahun 2030.

Merujuk ciapan infografik di Twitter, Kementerian Pengangkutan dan Logisitik Arab Saudi menyenaraikan beberapa projek dalam menyantuni jemaah, antaranya membangunkan indeks kesalinghubungan antara lapangan terbang domestik dan lapangan terbang utama dunia dengan menawarkan akses ke 250 lagi destinasi penerbangan antarabangsa.

Selain itu, kapasiti operasi Keretapi Laju ‘Bullet Train’ Al Haramain selain aliran trafik di pelabuhan-pelabuhan domestik.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan kerangka strategi ini telah digariskan Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammed Salman dan dibentang pada Persidangan Antarabangsa Perkhidmatan Haji dan Umrah baru-baru ini.

Tambah SPA, kerajaan Arab Saudi kini berusaha meningkatkan kapasiti Lebuhraya Madinah-Makkah, antara kemudahan rangkaian jalan raya utama dan paling sibuk yang menghubungkan wilayah Makkah dan Madinah.

“Lebuhraya berukuran sepanjang 397.3 kilometer (km) dan merentasi lebih 33 bandar dan penempatan itu dilengkapi 231 jambatan dan bersambung dengan lebih 20 persimpangan bertingkat”, lapor SPA.

Related Articles

Back to top button