DomestikSemasa

MAPIM Malaysia terus memberi khidmat demi keselesaan barisan hadapan

Hargai jasa pengorbanan barisan hadapan

BANGI: Dalam usaha menyokong pengorbanan barisan hadapan negara, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) sentiasa berusaha memastikan barisan hadapan berada dalam keadaan yang selesa. Daripada sebesar-besar perkara sehingga ke sekecil-kecilnya seperti kerja penyelanggaraan berkala terhadap pendingin udara perindustrian.

Sejak bermulanya PKP, MAPIM Malaysia mengambil inisiatif menempatkan pendingin udara industri milik MAPIM di pondok sekatan jalan raya (SJR), bagi memastikan petugas barisan hadapan berada dalam keadaan yang selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, berkata kerja penyelanggaraan itu dijalankan di 15 SJR sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Lokasi itu termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kerja penyelenggaraan dijalankan sendiri oleh Team Task Force MAPIM Malaysia.

Usaha kerdil ini sebagai sokongan kepada barisan hadapan negara yang menjaga keselamatan siang dan malam sama ada dalam keadaan panas ataupun hujan.

“Moga Allah membalas jasa khidmat kalian barisan hadapan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga semalam, Malaysia telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 758,967 kes.

Sebanyak 688,260 kes sembuh direkodkan manakala 65,453 kes aktif dengan 5,254 kematian dicatatkan.

Dalam pada itu, (Dr.) Sani, berkata MAPIM Malaysia sudah mengaktifkan Misi Khas Bantuan Dalam Negara yang fokus meningkatkan bantuan kepada golongan terjejas ketika berdepan dengan ancaman Covid-19.

Sebelum ini MAPIM sudah melaksanakan bantuan SOS harian iaitu edaran kotak bantuan setiap hari untuk mereka yang memerlukan, perkhidmatan ambulan dan pemeriksaan percuma melalui klinik bergerak Ummah Mobile Clinic.

(Dr.I Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Bagi meningkatkan jumlah edaran kotak bantuan kepada golongan yang memerlukan, kami mewujudkan pelbagai inisiatif. Antaranya pelancaran Skuad 200 Riders bagi menyalurkan kotak bantuan terdesak setiap hari. Jadi kami sangat mengharapkan rakyat Malaysia bersama kami, menyokong misi ini kerana kami tidak mampu melakukannya sendiri. Saya sentiasa konsisten mengatakan ini adalah misi kita bersama. Ummah bantu Ummah.”

Oleh Azzman Jamal

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button