Covid19DuniaSemasa

Ermin Sarac – tokoh pengajian hadis Turki meninggal dunia

Dijangkiti Covid-19

ANKARA – 20 Feb :  Tokoh pengajian hadis terkenal dari Turki Sheikh Muhammed Ermin Sarac meninggal dunia semalam ( Jumaat 19 Feb)

Sheikh Sarac didiagnos menghidap Covid-19, dan menerima rawatan di hospital.

Setelah tamat rawatan beliau dilaporkan tidak berupaya terus melawan penyakit membawa maut itu di rumahnya, namun tidak betah dan menghembuskan nafas terakhir.

Usia sebenar beliau tidak diketahui namun terdapat beberapa laporan menyebut usianya kini melangkau lebih 80 tahun.

Pakar dalam bidang hadis Sarac diiktiraf yag arif dalam bidangnya dan sangat terkenal dalam kalangan cendekiawan Islam.

Dilahirkan di utara Tokat di Wilayah Erbaa Sarac memulakan pengajian pada usia enam tahun.

Menguasai al- Quran pada usia yang terlalu muda Sarac kemudian melanjutkan pelajaran dan mengkhusus dalam pendidikan untuk bidang penghafazan.

Pada tahun 1943, Allahyarham dihantar keluarganya untuk melanjutkan pengajian Islam.

Kemudian beliau pergi ke Mesir dan tinggal di Kaherah selama sembilan tahun dan mengkhusus dalam pengajian hadis.

Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan turut menghadiri upcara pengkebumian Allahyarham yang dilakukan di Masjid Fatih Istanbul, di mana Allahyarham mengajar selama enam tahun.

Erdogan turut menzahirkan takziah beliau atas kehilangan permata ummah beliau berharap dapat bertemu dengan ulama ini di Syurga nanti.

Allahyarham sangat dikenali beliau pada zaman persekolahannya.

Jenazah Sarac selamat dikebumukan pada jam 2:00 petang semalam di Ankara.

Erdogan sebelum itu dalam twitter beliau berkata pemergian Sarac akan sentiasa dikenang sebagai seoarang guru yang banyak mendidik manusia kepada jalan yang benar, malah jasa beliau mendidik ribuan pelajar di negara itu akan sentiasa dikenang ummah.

Semua peringkat tertinggi, pimpinan Kerajaan Turki termasuk Menteri Kesihatan Fahrettin Koca, Pengarah Komunikasi Fahrettin Altun dan Timbalan Pengerusi parti pemerintah, AK, Numan Kurtulmus serta beberapa pegawai mengucakan takziah atas kepulangan beliau ke Rahmatullah.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button