Semasa

LPT1 : Laluan persimpangan Chenor-Temerloh masih ditutup

Pengguna dinasihat rujuk info terkini LLM, JKR, ANIH Berhad

KUANTAN : Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat Chenor di kedua-dua arah masih lagi ditutup sepenuhnya, ini berikutan banjir yang sedang berlaku di negeri Pahang.

Menurut Twitter trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), laluan di Kilometer, KM113 (Lanchang ke Temerloh) dan KM126.3 (Chenor ke Temerloh) masih dinaiki air.

Sebelum ini, menurut kenyataan ANIH Berhad telah memaklumkan penutupan sepenuhnya laluan di KM113 susulan kenaikan air sejak jam 9 malam pada Isnin lepas.

Pengguna dinasihatkan oleh ANIH Berhad untuk menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

Pelan Laluan Alternatif (Banjir) Negeri Pahang – FOTO Twitter JKR PAHANG

Orang ramai disaran merujuk maklumat laluan alternatif melalui Twitter JKR Pahang (@JKRPAHANG) dan juga ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157.

Manakala, maklumat sahih dan terkini juga boleh didapati di laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter (@LPTTrafik) dan Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) atau hubungi LPT-Line di 09-5479111 atau 1-700-818-700.


*MAPIM juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk bantuan-bantuan berikut:

– 10,000 kotak bantuan makanan
– 10,000 kit kebersihan diri
– 10,000 kit solat
– Food Truck 500 Makanan Panas untuk petugas dan mangsa (3 kali makan – pagi/tengah hari / malam setiap hari kepada barisan hadapan/ mangsa)
– Double-Decker Mobile Clinic untuk merawat mangsa dan mereka yang memerlukan
– Double-Decker bas membawa 80 aktivis MAPIM
– Pasukan pasca banjir untuk membersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa di lapangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button