KemanusiaanKerohanianSemasa

“Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah”

Bacaan Yasin & tahlil setahun pemergian Allahyarham Haji Abdul Aziz Abu Bakar

BANGI : Tanggal 14 Oktober genap setahun pemergian beliau, Almarhum Tuan Haji Abdul Aziz Abu Bakar, bekas Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Kehilangan beliau amat dirasakan buat segenap warga MAPIM serta rakan yang sangat mengenali figura yang kaya dengan kasih sayang dan semangat kemanusiaan yang tinggi.

Mengenang pengalaman sepanjang bersahabat dengan beliau, Allahyarham adalah seorang yang sentiasa positif,  murah hati dengan sedeqah jariahnya serta insan yang sentiasa dekat dengan Allah dan Rasulnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby dalam nada sebak mengenang pemergian seorang sahabat menceritakan bagaimana Allahyarham bersama sama membantu Ummah baik di dalam dan luar negara.

Bertempat di Ummah Hall, Wisma MAPIM Malaysia malam tadi, majlis tahlil diadakan sempena setahun kembalinya Haji Aziz ke rahmatullah.

Turut hadir warga MAPIM Malaysi dan keluarga Allahyarham.

Menurut  (Dr.) Sani Araby jasa Allahyarham dalam MAPIM terlalu banyak, antaranya pembinaan 9 buah masjid di Gaza dibina hasil ilham daripada pemikiran beliau

Pembinaan masjid itu adalah sebahagian keseluruhan 40 Masjid dibina oleh MAPIM Malaysia dalam siri misi-misi kemanusiaan termasuk di Gaza, Syria, Indonesia.

Disifatkan sahabat karib beliau dalam kerja-kerja kemanusiaan, banyak kenangan susah senang yang dikongsi bersama Allahyarham Haji Aziz.

MAPIM Malaysia katanya akan melakukan majlis rasmi berhubung cadangan peletakan nama beliau di masjid bandar Azaaz, Syria bersempena bagi mengenang usaha beliau dalam memberi khidmat kepada Ummah.

Satu tarikh akan diumumkan MAPIM kelak.

Sikap murni Allahyarham ujarnya perlu dicontohi terutama dalam menjaga hubungan bersahabat.

Allahyarham meninggal dunia tahun lalu selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan dialisis di salah sebuah pusat perubatan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Peringkat Negeri Selangor daripada KDYM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri tahun lalu.

Ingatan kekal buat mu, sahabat – “Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah jua”

Al fatihah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button