Covid19KerohanianSemasa

Dosa besar langgar peraturan TEMCO : Mufti Perlis

Tidak patuh ajaran Nabi SAW dalam tangani wabak

Satu dosa besar dari sudut agama bagi individu yang melanggar peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) dalam usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan itu bukan hanya salah di sisi undang-undang malah ia satu dosa besar kerana membahayakan nyawa orang lain dan melanggar ajaran Nabi Muhammad SAW dalam menangani wabak.

“Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdurrahman Auf bahawa Nabi Muhammad SAW pernah memberi arahan jika kita mendengar (wabak penyakit) taun di satu tempat jangan masuk dan orang yang berada di dalam jangan keluar,” katanya kepada pemberita di Kangar hari ini.

Beliau berkata inilah yang sedang dilakukan oleh kerajaan bagi menunaikan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan rakyat.

BERNAMA - TEMCO implementation by Perlis ahead of Federal Govt not an issue

“Rakyat hendaklah patuh kepada arahan TEMCO dan golongan ahli agama yang berada di dalam kawasan terbabit iaitu ulama, ustaz dan imam perlu ingatkan orang ramai agar jangan keluar dari kawasan wabak dan patuhi arahan kerajaan sehingga tempoh TEMCO tamat,” katanya.

Tambah beliau, dalam kes penularan COVID-19, individu yang bersikap degil melanggar TEMCO berdosa kepada semua orang yang terkena jangkitan dengan wabak yang disebarkan itu.

“Ini perkara serius dan perlu dipatuhi oleh semua orang kerana peranan agama juga adalah menjaga nyawa,” katanya.

Pada Isnin lalu,Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan TEMCO di dua kampung dalam daerah Sanglang iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul yang dikuatkuasakan dari 10 hingga 31 Ogos depan.

– Bernama

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM MALAYSIA bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button