DuniaSemasa

Perlu bantuan? Hubungi Konsulat dan Kedutaan!

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa Turki

PUTRAJAYA : Kementerian Luar mengesahkan, tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dalam gempa bumi yang menggegarkan Turki dan Greece semalam.

Dalam satu kenyataan awal pagi Sabtu, Wisma Putra turut memaklumkan berdasarkan laporan awal, warga Malaysia yang berada di Izmir juga selamat.
Wisma Putra turut menyampaikan salam takziah kepada kerajaan dan rakyat Turki serta Greece atas kehilangan ramai nyawa dan kecederaan akibat gempa bumi yang berlaku di Laut Aegea, semalam.
Kenyataan itu juga menyebut, sedang memantau perkembangan susulan kejadian gempa bumi kuat itu yang turut memberi kesan kepada bandar Izmir di Turki, dan Pulau Samos, di Greece.
“Kementerian Luar simpati dan mengucapkan takziah kepada kerajaan dan warga rakyat Turki serta Greece atas kehilangan nyawa dan kecederaan ditimpa akibat gempa tersebut. Malaysia tetap menyokong mereka dalam keadaan desak kini.” 
Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan, rakyat Malaysia yang kini berada di Turki yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Konsulat Jeneral di Istanbul.
Bagi rakyat Malaysia di Greece, mereka boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest seperti yang tertera di bawah:

 

Republic of Turkey
EMBASSY OF MALAYSIA IN ANKARA
Telephone: +90 312 4463547/ 48
Fax: +90 312 4464130
E-mail: mwankara@kln.gov.my
CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA IN ISTANBUL
Telephone: +90 212 3261956/ +90 536 2896788/ +90 552 7970509
E-mail: mwistanbul@kln.gov.my
EMBASSY OF MALAYSIA IN BUCHAREST
Telephone: +40 21 211 3801/3802
Fax: +40 21 210 0270
E-mail: mwbucharest@kln.gov.my

 

Sementara itu, gambar dari dron menunjukkan pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan operasi mereka di Adalet, salah satu kawasana kejiranan di daerah Bayrakli selepas digegar gempa kuat semalam.

Photo by Mahmut Serdar Alakus/Anadolu Agency

Photo by Mahmut Serdar Alakus/Anadolu Agency

– Siti Zulaikha Yusri 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button