KemanusiaanSemasa

10 tahun terlantar, dendangan `Gong Xi Fa Cai’ The Helmi’s, mengukir senyuman Auntie Fook

MAPIM santuni penerima sumbangan sempena Tahun Baharu

PUCHONG :  `Gong Xi  Gong Xi Gong Xi Ni! Gong Xi  Gong Xi Gong Xi Ni! ‘ –  auntie kita nyanyi sama-sama ya!”

Sebagai warga negara Malaysia yang berbilang kaum lagu ini tidak asing lagi tatkala menjelang Tahun Baharu.

Nyanyian lagu raya Cina seperti disebut kebanyakan orang oleh aktivis, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, Heliza dan Hazwani Helmi – ternyata mampu menghiburkan hati Auntie Foo, salah seorang penerima sumbangan dalam program MAPIM menyantuni kaum Tiong Hua yang kurang bernasib baik bagi kedatangan Tahun Lembu yang akan datang dalam beberapa hari saja lagi.

Begitulah suasana kunjungan yang digambarkan dalam rombongan MAPIM menyantuni warga Tiong Hua di Kampung Pasir, Batu 14, di Puchong menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Sejumlah 25 orang warga Tionghua, disenarai dalam pengagihan bagi program kali ini yang juga kesinambungan daripada program yang seumpamanya pada tahun lalu diadakan di Semenyih.

Atas keprihatinan itu, Pengarah Domestik, MAPIM Malaysia, Haji Faris Hussain berkata sumbangan ini adalah kesinambungan usaha MAPIM menyantuni mereka yang kurang bernasib baik, namun kali ini, pandemik Covid-19 telah menambah kesukaran kepada semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa, dan ramai yang terjejas termasuk daripada kaum ini, termasuk penerima yang hilang pekerjaan.

“Walaupun MAPIM ini pertubuhan Islam, tapi kita turun membuatkan orang yang kurang bernasib baik tanpa mengira fahaman dan agama, tahun dulu kita buat di Semenyih, kali ini kita menyantuni di Puchong, membawa bantuan kepada mereka yang kita sasarkan mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan fahaman, dan senarai yang diberikan menepati kriteria MAPIM” – Pengarah Domestik, MAPIM Malaysia, Haji Faris Hussain

Sejumlah 13 barangan keperluan asas berupa beras, tepung dan minyak masak diberikan kepada mereka beserta sekotak limau mandarin.

Bertempat di Puchong, MAPIM berkumpul dengan Persatuan Amal Uncle Kentang pada Isnin (8 Feb) selepas senarai 25 penyumbang dimuktamadkan dengan kerjasama Pertubuhan Amal berkenaan, yang diselaraskan oleh Liew Yew Fook.

Sementara itu Uncle Kentang, atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng,  ketika ditanya menyatakan rasa terharu beliau dengan kesudian MAPIM untuk turun padang menyantuni masyarakat Cina lebih-lebih lagi pada sambutan raya kini.

“Saya sebak dan terharu  sebab MAPIM sebagai NGO Islam ambil kisah masyarakat yang bukan Islam ini menunjukkan satu silaturrahim yang penting bagi Malaysia di mana kefahaman tidak menyerong, masing-masing ambil hal masing-masing, saya sangat terharulah.  Terima kasih kepada MAPIM, pagi ini bersama-sama kita berikan sedikit suntikan semangat  kepada mereka yang susah.” – Uncle Kentang

Uncle Kentang yang sememangnya sinonim dengan keluhuran hati membantu rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan MAPIM pada masa akan datang.

“Ini sebenarnya satu dakwah yang kamu sudah tunjukkan, datang ke rumah orang Cina, dan gembirakan mereka”, Uncle Kentang menyambung bicara.

Beliau kemudian mengiringi Haji Faris dari satu rumah ke satu rumah asnaf Tionghua yang telah disenarai lengkap.

Bagi penerima sumbangan, warga tua utamanya, keterbatasan kudrat dan sebagai golongan yang mudah dijangkiti pada musim penularan Covid-19, sumbangan disampaikan terus ke rumah mereka.

Pada mulanya mereka sedikit terkejut namun selepas diperjelaskan, terpancar wajah ceria mereka dengan senyuman di bibir.

Manakala bagi yang masih muda, sumbangan diagihkan secara serahan bersemuka dengan pematuhan SOP yang ketat.

Menerima sumbangan dan bakal meraikan Tahun Baharu, penerima amat berterima kasih atas kesudian MAPIM menghulurkan sumbangan kepada mereka sekurang-kurangnya menceriakan Tahun Baharu dalam suasana norma yang baharu.

Bagi  Wong Shie Moi, 74 tahun, beliau berterima kasih kerana Tahun Baharu ini tidak ada sambutan besar buatnya yang hanya tinggal bersama anak tunggalnya, setelah kematian suami lebih 20 tahun lalu.

Agak sukar bertutur dalam bahasa Melayu, Auntie Wong, walau dalam pelatnya tetap ingin menyampaikan rasa  syukurnya dengan sumbangan itu.

“Saya ucapkan terima kasih, kepada MAPIM datang dan beri sumbangan, raya kali ini (Tahun Baharu) saya hanya bersedia ala kadar sahaja, anak pun tidak mempunyai kerja tetap” – Wong Shie Moi, 74

Sementara itu, Auntie Foo, 78 tahun, tidak kekok dihiburkan Heliza dan Hazwani.

Sambil sama-sama menyanyikan lagu Gong Xi Fa  Cai, sekurang-kurangnya ia dapat menceriakan Aunti Fook yang mahu bermanja dengan meminta belas, mengupas limau untuknya.

Rombongan MAPIM turut tersentuh dengan ketabahan Pak cik Ngai yang, setia menjaga isterinya.

Beliau yang tersentuh hati kerana dikunjungi turut berharap virus Covid-19 akan cepat hilang dan orang ramai akan bebas kembali mengamalkan norma biasa.

“Semua datang ada baik hati, ini sakit ini ramai orang kena, kasi ini orang sakit, harap Tuhan Allah tolong” – Ngai soow, 88

_____________________________________________________________________________________________

*MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button