Covid19Semasa

Padat penduduk, kadar pergerakan tinggi sebabkan kes Selangor mendadak

9 daripada 26 kluster Covid-19 penularan tempat kerja

PUTRAJAYA: Kepadatan penduduk dan kadar pergerakan tinggi dalam kalangan penduduk di Selangor dan pengunjung di negeri itu menyebabkan peningkatan kes secara mendadak.

Kenaikan kes dilihat sejak penghujung September sewaktu Selangor mengalami gelombang ketiga jangkitan COVID-19 pada ketika itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes penularan tempatan di Selangor mula dilihat pada 2 Oktober lalu, meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.

Kluster pertama yang dilaporkan di Selangor dalam gelombang ketiga itu  adalah Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September lalu membabitkan keluarga yang pulang dari Sabah, dengan Kluster Utama mencatatkan kes terbesar setakat ini.

“Untuk makluman, sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan (Kluster Hentian). Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) adalah kluster jangkitan tempatan, manakala lapan kluster (30.8 peratus) adalah mempunyai kaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.” -Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

“Enam kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober lalu berkaitan dengan jangkitan tempatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, hari ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, sembilan daripada 26 kluster yang direkodkan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan penularan di tempat kerja (34.6 peratus).

Beliau berkata, satu kluster di Selangor juga dikaitkan dengan kompleks beli belah awam (3.8 peratus).

Dapatkan berita dan isu-isu semasa berkaitan Ummah dalam dan luar negara secara terus menerusi Channel Rasmi Telegram Ummah Today dengan klik pautan berikut :

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button