Semasa

Sani Araby dilantik AJK Hal Ehwal Industri, Kebajikan & Data Industri FINAS

Satu lagi amanah dan kepercayaan - CEO MAPIM Malaysia

“Satu lagi amanah dan kepercayaan kepada saya,” – demikian dizahirkan oleh (Dr.) Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby, selepas dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(Dr.) Sani Araby yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM,  berkata tanggungjawab yang digalas itu akan cuba disempurnakan sepenuhnya untuk memacu kejayaan FINAS pada masa depan dalam portfolio yang berkaitan. Beliau dilantik atas kepakaran dan pengalamannya mengurus Al-Araby Group of Companies, memacu pembangunan MAPIM Malaysia diperingkat antarabangsa serta perundingan dalam agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan lainnya.

Penyerahan sijil watikah pelantikan itu disampaikan oleh Pengerusi JK Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, Dato’ Sri Eizlan Yusof, tengah hari tadi mewakili Ybhg Pengerusi FINAS

Selain beliau, turut dilantik menganggotai barisan ahli  baharu Jawatankuasa berkenaan ialah Dato’ Seri The Chee Teong, Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abdul Rahim Pfordten (CEO GISB Holdings), Dato’ Mohd Banuri  Aris (Pengurus Besar Yayasan Felda), dan Dazrin Datuk Kamaruddin. Sekalung tahniah diucapkan daripada warga keluarga MAPIM Malaysia.!

 

 

 

____________________
*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM MALAYSIA
bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button