Semasa

Bolide! Bola api masuki ruang udara bumi punca bunyi letupan, gegaran kuat di Sabah

Disahkan badan antarabangsa meteor

KUALA LUMPUR :  Bola api memasuki ruang udara bumi dan mencetuskan bunyi letupan dan gegaran kuat di Sabah pada Ahad lalu.

Fenomena itu adalah punca kepada bunyi kuat yang dapat didengari sehingga ke Papar, Sabah, daerah muara Brunei berdekatan Laut China Selatan dan kedudukan di mana bola api itu berlaku.

Perkara itu disahkan oleh International Meteor Organisation (IMO) dalam laporan yang dikeluarkan di laman sesawangnya baru-baru ini, dengan kod peristiwa 632-2021.

“Ia telah disahkan oleh IMO. Saya yakin video dari Sabah mengesahkan fenomena itu sebenarnya satu kejadian bola api. Ia seperti meteor tapi jauh lebih besar. Meteor berbentuk halus tetapi bola api lebih besar dan boleh dilihat pada waktu siang juga. Ia mencapai kecerahan bulan separuh atau bulan purnama,”

Beliau berkata demikian ketika dihubungi BERNAMA.

“Ia merupakan batu dari angkasa lepas, bergesel melanggar atmosfera bumi, bila panas menyebabkan ia terbakar, ia sama ada meletup di udara atau jatuh ke permukaan. Pecahan-pecahan itu kami jangkakan ada yang telah memasuki ruang udara bumi dan ada yang hangus di galaksi,” 

Menurutnya lagi, menerusi laporan yang diterima daripada IMO, sebanyak 57 kejadian seumpama itu telah direkodkan tahun ini, dengan yang terbaharu di Bali, Indonesia, Januari lepas.

Ditanya kebarangkalian impak kerosakan yang boleh terjadi ekoran kejadian bola api, katanya, ia bergantung kepada saiz yang memasuki ruang udara bumi.

Sekiranya terlalu besar, ia akan menghasilkan fenomena ‘Sonic Boom’ atau letupan yang kuat seperti yang berlaku di Sabah, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata sehingga kini tiada sebarang laporan kerosakan atau impak yang berlaku berikutan kejadian itu.

Sementara itu, bunyi letupan di langit yang didengari oleh penduduk di beberapa kawasan di Sabah, Brunei dan bahagian Utara Sarawak semalam dipercayai berpunca daripada meteor.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darusssalam (PABD).

“Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei sekitar pukul 11 pagi. Beberapa orang saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi yang kuat dan berasap.

Berikut adalah video yang berjaya merakam fenomena itu,  dirakam daripada dashcam milik Max Clarito M Lusoc, di Penampang Sabah.

@Sabah StarGazers, berkongsi rakaman fenomena berkenaan di FB kumpulan itu yang mengkagumi mengenai kejadian langit, bintang dan fenomena ruang udara.

Fenomena yang dinamakan Bolide itu jelas kelihatan dalam rakaman video berdurasi  42 saat.

Bolide ialah silauan cahaya yang muncul apabila sebuah meteor yang meletop di udara.

“Saya dan isteri sedang dalam perjalanan pulang dari membeli barang. Saya nampak ada cahaya di langit. Oleh kerana isteri saya tidak nampak dan tidak percaya saya nampak, saya tengok balik rakaman dashcam.” kata beliau.

Bagaimanapun, Max Clarito dan isteri tidak dengar dentuman di langit.

Ahad lalu,  penduduk sekitar Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Labuan digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran antara lima sehingga enam saat, kira-kira 11 pagi hari berkenaan.
Kelmarin, media melaporkan penduduk di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang dan Beaufort mendengar bunyi letupan berkenaan malah di Labuan dan Brunei.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button