DuniaKerohanianSemasa

Syekh Ali Jaber – perginya permata Ummah! AL-FATIHAH

Kehilangan dirasai di rantau Asia Tenggara

JAKARTA : Pagi Khamis hari ini Indonesia berduka, malah dunia Islam Nusa Tenggara apabila kembalinya ke rahmatullah, pendakwah terkenal, Ali Saleh Mohammed Ali Jaber atau lebih dikenali dengan Syekh Ali Jaber.

Syekh Ai Jaber menghembuskan nafasnya yang terakhir di  Rumah Sakit Yarsi Cempaka Putih, Jakarta Pusat, 8:30 pagi tadi.

Menurut laporan, Syekh Ali Jaber berusia 44 tahun pernah disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) keesokan harinya di Rumah Sakit Yarsi.

Memetik kompas.com, Kesihatan Syekh Ali Jaber dilaporkan bertambah baik pada 4 Januari lalu selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia dalam keadaan negatif Covid-19.

Lahir pada 3 Febuari 1976,  Allahyarham ialah anak pertama daripada dua belas orang adik beradik.

Beliau sudah pun menghafaz Al-Quran seawal usia 11 tahun, dan menjadi Imam di sebuah masjid di Kota Madinah pada umur 13 tahun.

Pada tahun 2008, beliau berhijrah ke Indonesia dan meneruskan dakwahnya sehingga tersebar ke seluruh Indonesia.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Umi Nadia, 32 tahun, dan kemudian menetap di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), dan aktif dalam dunia dakwah dengan menjadi guru Al-Quran, imam, dan pendakwah di Masjid Besar Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok, NTB, Indonesia.

Pada tahun 2011, beliau sah menjadi warga Indonesia.

Pemergian beliau sangat dirasai penduduk tempatan, kerana Syekh Ali Jaber dikenali sebagai pendakwah yang berdakwah dengan lemah lembut serta aktif di platform media sosial beliau yang mempunyai lebih empat juta pengkiut (follower) di akaun instagram @syekh.alijaber miliknya.

Pada 2016 lalu, satu kisah tragis yang dikenang ramai warga Indonesia apabila tiga pencuri di pejabatnya dimaafkan malah didoakan untuk tidak lagi berbuat kesalahan itu.

“Saya doakan semoga Allah mengampuni karena semua orang pernah berbuat salah. Yang penting jangan lupa shalat,” kata Allahyarham Syekh Ali Jabir ketika berada di pejabat polis Metro Jaya.

Dalam menyebarkan dakwahnya beliau juga pernah diancam penyerang dan sempat ditangkis ketika berdakwah di Bandar Lampung.

Beliau pada saat akhir masih aktif memberi pesanan kepada masyarakat untuk mematuhi protokol kesihatan.

Pemergian beliau adalah suatu kehilangan yang amat besar buat para masyarakat Islam Nusa Tenggara.

UMMAHTODAY mendoakan agar segala jasa dan sumbangan beliau demi agama Islam diangkat dan diterima Allah SWT serta didoakan beliau ditempatkan di syurga bersama para orang-orang Soleh.

AL-FATIHAH.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Aamiin.

oleh Muhammad Haiqal Nor Wahid

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button