KerohanianSemasa

Golongan LGBT diberi bimbingan kembali kepada fitrah

SHAH ALAM : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melaksanakan program Pembimbing Rakan Komuniti (PRK) Riqab yang melibatkan seramai 30 peserta dalam kalangan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

MAIS dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan program yang telah berlangsung pada 24 hingga 26 Jun itu bertujuan bagi mendedahkan peserta untuk kembali kepada fitrah dan ajaran Islam yang sebenar.

“Program ini menjadikan Islam sebagai asas dalam kepimpinan serta melatih asnaf riqab sebagai pembimbing yang boleh membantu golongan mereka berhijrah ke arah lebih baik,” kata agensi itu.

Antara aktiviti dijalankan ialah solat berjemaah, tazkirah agama, memanah dan pengisian ilmu seperti panduan imam terbaik, komunikasi dakwah terbaik dan Asas LeaderShip Ohsem.

Mais memaklumkan peserta turut diberikan kata-kata semangat untuk kekal positif dalam menjalani sesi penghijrahan dan menjadi ikutan kepada komuniti yang lain.

Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disempurnakan oleh Jawatankuasa Riqab Mais Tan Sri Datuk Hashim Meon.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button