KemanusiaanSemasa

EBIT LIEW : Antara bantuan dan benteng negara….

Faktor keselamatan amat diambil kira, doakan jua semua yang menabur jasa

KUALA LUMPUR : Kecoh di internet apabila Pendakwah bebas yang juga dermawan, Ustaz Ebit Lew dilaporkan tidak lagi boleh meneruskan misi-misi bantuannya ke Pulau-pulau Semporna.

Beliau sendiri melalui satu hantaran di Facebook beliau meminta maaf kepada penduduk di Pulau-Pulau Semporna di Sabah kerana tidak berupaya meneruskan hasrat murni itu.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini, saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan minta diberhentikan bantuan di sekitar sini.Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan ialah didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun,”Ustaz Ebit Lew

Kelmarin beliau dan seluruh masyarkat Islam gembira apabila lebih kurang  490 orang Bajau Laut memeluk Islam selama dua hari beliau  berada di Semporna, Sabah dalam misi bantuan Covid-19 di empat kampung di Sabah.

Beliau berkongsi perkara itu di akaun Facebook miliknya pada Selasa sambil melahirkan rasa syukur kerana dapat membimbing mereka mengucap dua kalimah syahadah.

Sebagai seorang Islam mana mungkin kita tidak bergembira meraikan saudara-saudara baharu menyembah Tuhan yang satu.

Namun, setakat yang diketahui sekatan ke atas misi beliau bukan sekadar sekatan tetapi sebaliknya adalah di atas faktor keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, lokasi terbabit dikenakan perintah kawalan berkurung dan keselamatan orang ramai menjadi keutamaan pihak berkuasa.

“Perintah berkurung dilaksanakan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di mana-mana kawasan di negeri ini”

Menurut Datuk Hazani lagi PDRM mengalu-alukan kerjasama mana-mana NGO untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan, bagaimanapun, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata.

Itu penjelasan daripada beliau.

Bagai mereka yang mengikuti perkembangan siri keganasan di Sabah membabitkan kes penculikan dan sebagainya kawasan perairan berkenaan bukanlah calang calang kejadian pernah dilalui oleh pihak berkuasa negara malah ramai yang terkorban demi mempertahankannya.

Ancaman pelanunan di Malaysia khususnya di negeri Sabah bukanlah isu baharu sebaliknya telah wujud sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia.

Lanun-lanun yang digeruni ini dikenal pasti aktif melakukan jarahan dan serangan ke atas kapal-kapal pedagang di perairan Laut Sulu, Selat Melaka, Selat Singapura sehingga ke Teluk Bengal.

Menjelang tahun 2000, ancaman yang suatu ketika dahulu hanya dianggap sebagai ancaman lanun, kini mulai dilihat berevolusi kepada ancaman berbentuk baharu iaitu ancaman Kidnapping for Ransom (KFR).

KFR merupakan tindakan menculik individu atau kumpulan individu yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan dan kini kerap berlaku di perairan pantai timur negeri Sabah.

Ancaman pelanunan dan KFR dilakukan oleh Kumpulan Abu Sayyaf (KAS) amat dekat dengan warga Sabah selain konflik yang  berlaku di selatan Filipina merupakan penyebab kepada insiden pelanunan dan KFR terus berlaku di Sabah sehingga hari ini.
Siri penculikan untuk mendapatkan tebusan sering menimpa rakyat Malaysia.
Nasihat Datuk Hazani, ada asasnya kerana berdasarkan statistik PDRM, pasukan keselamatan menggagalkan 40 cubaan culik di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sejak 2018 sehingga kini, hasil kekuatan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta aset sedia ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Berdasarkan statistik PDRM, pasukan keselamatan menggagalkan 40 cubaan culik di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sejak 2018 sehingga kini, hasil kekuatan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta aset sedia ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Langkah mengukuhkan keselamatan dengan mengetatkan kawalan di laluan berisiko, berjaya mengesan lebih awal tindakan kumpulan pengganas dari Selatan Filipina yang menculik untuk wang tebusan.

“Sebab itu, pada 2017 tiada penculikan, 2018 (dua kes), 2019 (dua kes). Ada 40 percubaan yang dapat kita patahkan sejak 2018, kerana apabila ESSCOM terima maklumat, kita gerak semua (anggota dan aset),”

Pastinya pihak keselamatan memikirkan perkara yang lebih besar dari sudut keselamatan kerana mereka amat arif dengan kawasan itu dan latar belakang masyarakat di sana.
Malah sudah pasti pihak berkuasa sendiri ingin memastikan keselamatan Ustaz Ebit Liew juga terjamin ketika menyampaikan bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik di Semporna, apabila dilihat ramai anggota keselamatan berkawal di kiri kanan beliau.
Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan yang disambung sehingga 18 Februari ini – ramai yang mengikat perut dan sebagainya.
Seharusnya kita mendoakan sesiapa sahaja yang mengeluarkan peluh keringat demi kebaikan ummah, jika Ustaz Ebit Liew dengan bantuannya begitu juga dengan setiap insan yang menabur jasa.
Lebih-lebih lagi barisan petugas hadapan sebagai benteng pertahanan negara yang pada bahu mereka kita sandarkan sempadan negara tidak dibolosi oleh mereka yang mengambil kesempatan kebaikan hati warga Malaysia.

Tujuh tahun berlalu,  peristiwa berdarah menyaksikan lapan anggota polis maut ditembak pengganas Sulu dalam dua kejadian berasingan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna, masih segar dalam ingatan.

Malah, kebimbangan penduduk khususnya di Lahad Datu dan Semporna, terhadap ancaman pengganas terus menghantui mereka.

Kenangilah jasa-jasa mereka yang terkorban buat negara.

– UmmahToday

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button