Covid19Semasa

Adikkkk! Jangan lari…

Takut, kurang faham antara sebab tolak saringan Covid-19

PUTRAJAYA: Jangan lari! seorang murid dikejar oleh kakitangan Jabatan Kesihatan untuk memujuknya melakukan ujian swab Covid-19.

Memetik akhbar Kosmo, kanak-kanak itu lari ketika ujian swab dilakukan di Sekolah Kebangsaan Desa Skudai hari ini.

Itu telatah kanak-kanak yang mungkin takutkan ujian swab apabila melihat orang lain melakukan ujian di depan mata mereka.

Tindakan kanak-kanak itu adalah antara ragam yang dilalui petugas Kementerian Kesihatan ketika mengekang penularan wabak Covid-19.

Bukan sahaja kanak-kanak, kumpulan berisiko tinggi juga ada ragamnya sendiri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ada juga penduduk melarikan diri apabila ternampak petugas kesihatan datang ke perkampungan mereka, memandangkan sempadan di kampung air adalah poros dan mudah ditembusi.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai penduduk di sebuah pulau di Sabah yang enggan keluar untuk menjalani saringan ketika petugas kesihatan datang ke kawasan itu.

Tambahnya kurang pendidikan dan kefahaman terhadap wabak COVID-19 dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi antara kekangan utama dihadapi petugas kesihatan ketika menjalankan saringan terhadap mereka di Sabah.

Masalah itu banyak berlaku terutama di kawasan yang jauh di pedalaman serta perkampungan air.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya.

“Selain itu, kami juga melihat kepada isu keselamatan contohnya di kampung air. Justeru kami perlu bekerjasama dengan pasukan polis dan tentera. Mereka enggan ke hospital kerana tidak bergejala atau menunjukkan kurang bergejala,”

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button