Covid19KerohanianSemasa

Kuota jemaah umrah dan haji Malaysia dibincang

Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-Arab Saudi.

KUALA LUMPUR: Kuota haji tahun depan untuk rakyat negara ini ialah antara perkara akan dibincangkan menerusi Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata perkara lain akan turut dibincangkan ialah jumlah rakyat Malaysia yang akan dibenarkan mengerjakan umrah apabila Kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan semula ibadat itu kelak.

Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.

“Alhamdulillah, saya dan Hishammuddin senada bahawa banyak usaha sama boleh dilaksanakan menerusi jawatankuasa ini,”

Pic:Tweet @H2OMedia sebelum ini melaporkan Datuk Seri Hishammuddin berkata, Malaysia dan Arab Saudi mencapai persetujuan menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi bagi mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menyentuh kepentingan bersama.

Jawatankuasa strategik dua negara itu akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, bantuan Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia yang daif dan kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah, akan turut dibincangkan melalui jawatankuasa itu.

“Perkara lain mencakupi kerjasama pendidikan dan penyelidikan, khususnya berkaitan keagamaan.

“Seterusnya, merancakkan kembali aspek pelancongan, terutama di Arab Saudi melalui kehadiran rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah.

“Selain itu, memperkasakan usaha membantu lebih ramai umat Islam di rantau ASEAN,” katanya.

Beliau sekali gus memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa memastikan hubungan antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya.- Berita Harian

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button