UiTM ucap takziah kepada keluarga dua pelajar

SHAH ALAM : Universiti Teknologi MARA (UiTM) berdukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kedua-dua pelajarnya di cawangan Kedah dan Pahang yang meninggal dunia baru-baru ini.
Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, berkata puhak pengurusan UiTM sangat prihatin terhadap isu kematian kedua-dua pelajarnya dan mendoakan agar keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini.
Katanya, pelajar berkenaan adalah Nurul Natasya Ezreen Azaemi, 22, pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan cawangan Kedah dan Muhammad Adham Hazim, 21 yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Fakluti Kerjuruteraan Awam, cawangan Pahang.
“UiTM senitasa prihatin bagi memastikan kebajikan dan kemudahan pelajar dalam menjalani sesi pembelajaran secara Pembelajaran Jarak Jauh dan Terbuka (ODL).
“Sehubungan itu, pelajar yang memerlukan kemudahan internet dan peranti dibantu dan dialu-alukan untuk menginap di kolej atau rumah sewa berhampiran kampus.
“Bagi aspek pentaksiran dan penilaian, pihak UiTM melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik serta pensyarah yang terlibat telah membuat pemakluman awal berkaitan tarikh penting tugasan kepada pelajar di awal semester melalui pelan pengajian setuap kursus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, katanya, Bahagian Hal Ehwal dan Unit Kaunserling, UiTM juga senitasa peka dan bersiap siaga membantu pelajar dalam memberi khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan oleh pelajar dalam menghadapi proses pengaharan dan pembelajaran secara ODL dalam situasi pandemik Covid-19.
“Pelajar disarankan sentiasa berbincang dengan pensyarah, penasihat akademik atau Ketua Program masing-masing bagi menyelesaikan apa jua isu berkaitan pentaksiran dan penjadualan penilaian,” tambahnya.
Oleh Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan / AJ