Covid19DuniaKemanusiaanSemasaSyria

PBB hantar bantuan kemanusiaan ke Syria

HATAY : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar 41 trak bantuan bekalan asas ke Idlib terletak di wilayah utara Syria semalam.

Konvoi penghantaran itu masuk ke sempadan Syria menerusi pintu sempadan Cilvegozu di selatan Turki.

Bantuan yang dihantar termasuk kit ujian Covid-19, makanan bayi, produk sarapan, tepung, gula dan alat tulis yang akan diagihkan kepada rakyat Syria terutama di kawasan luar bandar.

Pada Jumaat lalu, Ankara menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menghantar bantuan kemanusiaan dari Turki ke Syria untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Sebelum ini, UNSC telah membuat keputusan untuk melanjutkan kebenaran mekanisme rentas sempadan bagi menghantar kepada rakyat Syria. Mandat jawatankuasa untuk menjalankan operasi itu tamat semalam.

Sejak 2011, Syria dilanda perang saudara apabila berlaku tentangan antara penunjuk perasaan pro-demokrasi dengan rejim Assad. Sehingga kini, ratusan ribu orang telah terbunuh manakala jutaan lagi hilang tempat tinggal.

– Anadolu Agency

Diterjemah oleh Arif Ikhwan  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

Related Articles

Back to top button