Covid19KesihatanSemasa

Jumlah pemberian vaksin kini lebih 11 juta dos

Melepasi sasaran 300,000 dos enam hari berturut-turut

KUALA LUMPUR : Pemberian dos suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia telah melepasi sasaran 300,000 dos enam hari berturut-turut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, jumlah pemberian vaksin sehingga 10 Julai ialah sebanyak 11,075,493 dos dengan 324,745 suntikan diberikan semalam.

“Jumlah penerima dos pertama ialah 7,649,848 orang manakala 3,425,645 penerima dos kedua.

“Berdasarkan jumlah vaksinasi harian untuk 100 orang penduduk di sesebuah negara, Malaysia kini antara negara teratas.

“Kedudukan Malaysia adalah lebih baik berbanding Taiwan, United Kingdom, Thailand, Indonesia, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Vietnam,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Susulan itu, KKM berkata, Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Tahniah kepada semua doktor, vaksinator, pengamal am, petugas kesihatan dan sukarelawan yang bertugas di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

“Anda semua telah melakukan sesuatu yang cemerlang dan Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran immuniti kelompok,” tambahnya.

Oleh Azzman Jamal

Related Articles

Back to top button