KUALA LUMPUR: “Ringgit semakin kukuh, pasaran semakin naik,” itu yang dilontarkan oleh rata-rata penganalisis pasaran saham tempatan dan perkongsian pendapat mereka menjadi perkongsian netizen di semua platform media sosial.
Ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi perkenan oleh KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, menurut kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 2 petang tadi.
Tamat ketidakstabilan politik Malaysia!🇲🇾
Bursa Malaysia catat kenaikan 58..38 mata (+4). 981 kaunter saham naik banding 197 yang turun.
Lantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dilihat memberikan kesan yang amat positif kepada pasaran saham Malaysia. pic.twitter.com/UPqNiKHOtH
— Najib Fazail (@najibfazail) November 24, 2022
Bursa Malaysia sebelum itu mengakhiri sesi pagi Khamis dengan kukuh, dengan indeks utama meningkat 2.01% berikutan momentum belian yang berterusan dalam persekitaran sentimen pasaran yang lebih baik di peringkat tempatan dan luaran.
Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada berbanding Rabu.
Prestasi pasaran saham selepas ada Perdana Menteri Malaysia ke-10
Jumlah dagangan berjumlah 4.5B!
Lebih 800++ saham yang menaik, 200++ menurun, 200++ tidak berubah. pic.twitter.com/B5TwHP4Rzn
— Haji Mohd Asri (@hjmohdasriahmad) November 24, 2022
Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.
Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd percaya bahawa pasaran mungkin berubah menjadi lebih positif selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengumumkan sokongannya kepada kerajaan perpaduan, memastikan kestabilan negara.
BACA JUGA
Ciri-ciri utama perlu ada pada seorang Perdana Menteri