Semasa

Tidak perlu malu minta bantuan, kibarkan bendera putih jika perlu!

Rakyat Malaysia bangkit sebar kesedaran kesusahan antara satu sama lain

BANGI : “Tidak perlu malu kibar bendera putih jika putus bekalan makanan.” Itu antara ulasan pengguna media sosial dalam kempen kibar bendera putih yang tular sejak semalam.

Kempen Kibar Bendera Putih ini bertujuan memberi alternatif kepada mereka yang terdesak memerlukan bantuan makanan dengan mengibarkan bendera putih, lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kini. Mereka yang melihat kibaran bendera putih itu juga digalakan bagi terus memberi apa sahaja bantuan mengikut kemampuan mereka.
Tinjauan UmmahToday mendapati carian #Benderaputih tular di Instagram, Twitter dan Facebook menyeru masyarakat untuk bersama-sama membantu dan cakna akan keadaan satu sama lain.

 

“Sehingga perlu ada orang bunuh diri untuk kita bermula.”¬† #BenderaPutih

“Maaf kami terlambat. Saya minta maaf kerana ia terpaksa mengambil banyak nyawa untuk kita¬† menyedari bahawa pemerintah tidak pernah peduli dengan kita.”

“Rakyat telah mendengar permintaan anda. Hubungi kami. Kami di sini untuk anda.” Ciapan Kael di laman Twitter.

“Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.”
“Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera,” tulis seorang pemilik akaun Facebook bernama Dato SM Zulkifli SM Amin.
Tidak ketinggalan para selebriti turut bersama menyahut seruan kempen #kibarbenderaputih antaranya Pengacara terkemuka, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Heliza Helmi.
Respon Heliza Helmi dalam Kibar bendera Putih

#Kibarbenderaputih ini tercetus susulan kebimbangan masyarakat terhadap kes kemurungan yang mendorong perbuatan berbahaya seperti bunuh diri. Hal ini berlaku, berpunca daripada beberapa faktor, seperti hutang, kehilangan pekerjaan, kehilangan sumber pendapatan, dan masalah keluarga.

Ayuh! bersama kita bangkit membantu saudara kita yang memerlukan bantuan di kala pandemik ini. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom / Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

 

 

Related Articles

Back to top button