KARACHI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres meluahkan beliau ‘tidak pernah melihat korban iklim pada skala begitu besar’ sebagaimana disaksikannya ketika melawat Pakistan yang dilanda banjir terburuk.
Hampir 1,500 rakyat Pakistan maut dalam apa yang digelar oleh beliau serangan ‘monsun yang dipacu steroid’ yang sudah menenggelamkan satu pertiga negara itu dan memusnahkan tanaman, ternakan, kediaman, perniagaan, jalan raya serta jambatan.
Guterres berkata, beliau berharap lawatannya itu akan merangsang lagi sokongan dan bantuan kepada Pakistan. Menurut pusat bantuan banjir bawah kerajaan Pakistan, malapetaka itu dianggarkan menelan kos lebih AS$30 bilion, setakat ini.
I have never seen climate carnage on the scale of the floods here in Pakistan.
As our planet continues to warm, all countries will increasingly suffer losses and damage from climate beyond their capacity to adapt.
This is a global crisis. It demands a global response. pic.twitter.com/5nqcJIMoIA
— António Guterres (@antonioguterres) September 10, 2022
“Saya telah menyaksikan banyak bencana kemanusiaan di seluruh dunia, namun saya tidak pernah melihat korban iklim pada skala sebegini besar.”
“Tiada kata yang sesuai untuk menggambarkan apa yang saya saksikan pada hari ini,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari di lapangan terbang Karachi pada Sabtu.
“Negara lebih kaya bertanggungjawab secara moral untuk membantu negara seperti Pakistan untuk pulih daripada bencana sebegini dan menyesuaikan diri bagi membina ketahanan terhadap kesan iklim yang malangnya dijangka berulang lagi pada masa depan,” kata Guterres sambil menekankan negara G20 bertanggungjawab atas 80 peratus pelepasan gas ketika ini.
Pakistan hanya bertanggungjawab atas kurang daripada 1% pelepasan gas rumah hijau di seluruh dunia, namun menduduki tempat ke-8 negara paling rentan dengan cuaca ekstrem akibat kesan perubahan iklim berdasarkan senarai oleh pertubuhan bukan kerajaan, Germanwatch.
Ketika tiba di Pakistan pada Jumaat lalu, Guterres turut menzahirkan perasaan kesal dengan kurangnya perhatian dunia terhadap isu ancaman perubahan iklim, terutama dalam kalangan negara perindustrian.
“Saya menyeru bantuan kewangan segera & bantuan dalam skala besar-besaran untuk Pakistan. Ini adalah soal keadilan dan Pakistan sedang membayar padah kesan kerosakkan iklim yang dilakukan oleh tangan-tangan lain,” tegas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB itu.
Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016